WEBINAR CYBERSECURITY PROGRAM KHAS “LAPTOP DIGODAM, BAGAIMANA IA BERLAKU”

19 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 September 2025, telah diadakan Webinar Cybersecurity Program Khas bertajuk “laptop digodam, bagaimana ia berlaku” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini boleh ditonton melalui sistem LMS cybersecurity.

Webinar ini terbuka kepada semua peringkat umur. Tujuan webinar ini adalah memberi pendedahan penting kepada peserta tentang ancaman siber yang berkaitan dengan penggunaan media social dan peralatan gadget yang digunakan untuk melayari internet. Topik kali ini memberi pendedahan tentang penggodam laptop, tanda-tanda laptop sedang digodam, langkah mengatasi laptop daripada digodam.

Kembali Ke Atas

kembali