PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) DI SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM
25 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 September 2025, telah diadakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) Sekolah Kebangsaan SK Ayer Hitam bertempat di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam. Program ini berlangsung dari jam 2:00 petang hingga 4.00 petang.
Kempen ini merupakan inisiatif MCMC bertujuan memberi pendidikan awal kepada murid sekolah rendah keselamatan di alam maya. Fokus utama program ini adalah untuk memberi kesedaran tentang had umur penggunaan media sosial, yang hanya dibenarkan kepada individu berumur 13 tahun ke atas. Penerangan dan aktiviti dijalankan bersama 30 orang murid tahun 5 (tahap 2). Terdapat 5 pembelajaran iaitu Pelajaran 1 Stesen Literasi Digital, Pelajaran 2 Stesen Had Umur Penggunaan Media Sosial, Pelajaran 3 Stesen Bahaya Media Sosial 1, Pelajaran 4 Stesen Bahaya Media Sosial 2 dan Pelajaran 5 Alternatif Kepada Media Sosial.