MAXIS EKELAS USAHAWAN MODUL 3 DAN MODUL 4
5 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 04 Jun 2025, telah diadakan Webinar eKelas Usahawan Modul 3 dan Modul 4, bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar Modul 3 bertajuk ‘AI untuk Mencipta Kandungan’ bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Manakala, modul 4 bertajuk ‘Mengurus Pemasaran Digital’ bermula dari jam 2.00 petang hingga 3.00 petang.
Webinar eKelas Usahawan ini dijalankan secara atas talian dan terbuka kepada semua usahawan. Selain daripada itu, webinar ini adalah percuma. Setiap penyertaan, peserta akan diberikan sijil. Modul 3 dan Modul 4 ini bertujuan untuk pelajari dari pandangan pakar mengenai strategi pemasaran digital.