WEBINAR CYBERSECURITY “MEMAHAMI RISIKO DALAM PERMAINAN ONLINE ANAK”
21 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 Jun 2025, telah diadakan Webinar Cybersecurity bertajuk “Memahami Risiko Dalam Permainan Online Anak” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini bermula dari jam 3.30 petang hingga 5.00 petang.
Webinar ini terbuka kepada golongan dewasa, ibu bapa serta penjaga. Tujuan webinar ini adalah memberi kesedaran tentang risiko permainan atas talian kanak-kanak yang perlu pengawalan daripada orang dewasa. Peserta didedahkan kepada risiko cyber grooming, sextortion dan sebagainya. Selain daripada itu, peserta juga mempelajari langkah-langkah bagi mengelakkan risiko tersebut berlaku kepada anak. Selain daripada itu, sikap orang dewasa juga perlu lebih peka terhadap perubahan dan tindak laku terutamanya dalam permainan atas talian.