NADI KIDVENTURE : PELAN PERNIAGAAN PERTAMA SAYA

22 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Jun 2025, telah diadakan Webinar NADI Kidventure bertajuk “Pelan Perniagaan Pertama Saya” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar Modul pertama bertajuk ‘Strategi Pemasaran Digital’ bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Tujuan program Kidventure NADI adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak dan remaja berumur 7 hingga 17 tahun mengenai dunia keusahawanan serta membantu mereka mengembangkan potensi diri dalam bidang keusahawanan. Di samping itu, program ini memupuk pengetahuan dan semangat keusahawanan dalam kalangan peserta celik.

Dalam sesi webinar ini, peserta celik akan mempelajari asas membina pelan perniagaan yang tersusun dan sesuai dengan usia mereka. Peserta juga didedahkan kepada elemen utama pelan perniagaan agar peserta dapat memahami dengan mudah dalam menghasilkan pelan perniagaan yang kemas.

Kembali Ke Atas

kembali