DILEA OPEN LIVE CLASS SEJARAH

24 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Jun 2025, telah diadakan Dilea Open Live Class untuk subjek Sejarah bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.30 petang hingga 4.30 petang.

Tuisyen Dilea ini dijalankan secara atas talian dan terbuka kepada semua pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5. Dalam sesi ini, pelajar akan belajar dan ulangkaji mata pelajaran Sejarah bersama guru Dilea. Selain itu juga, peserta dan guru akan mengadakan sesi perbincangan soalan atau topik pembelajaran sejarah bagi memastikan peserta faham tentang topik sejarah.

Kembali Ke Atas

kembali