FORUM MAHIR BERSAMA KOMUNITI
26 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25 Jun 2025, telah diadakan Forum Mahir Bersama Komuniti bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Forum ini berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Forum Mahir Bersama Komuniti ini bertujuan memberi penerangan mengenai Mahir X Pembelajaran Sepanjang Hayat yang menawarkan 5 Kos Mahir untuk pengambilan Musim ke 2. NADI Mahir yang ditawarkan adalah Mahir Masak, Mahir Jahit, Mahir Pertanian Pintar, Mahir Baiki Gadget dan Mahir Foto. Dalam sesi forum ini peserta dapat mengetahui serba sedikit gambaran untuk setiap kos Mahir tersebut. Setiap peserta yang konsistan hadir ke NADI untuk sertai kelas Mahir, berjaya menyiapkan tugasan Mahir akan diberikan sijil.