LMS TINY TECHIES
27 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 26 Jun 2025, telah diadakan Sesi LMS Tiny Techies bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem Tiny Techies secara atas talian.
Tiny Techies ini menawarkan 5 modul iaitu micro:bit, robotic, HTML, PHYTON dan SQL. Peserta untuk tiny Techies ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Tujuan Pembelajaran tiny Techies ini adalah direka khas untuk kanak-kanak bagi memperkenalkan mereka kepada dunia teknologi dari kanak-kanak. Selain itu, pembelajaran yang interaktif, aktiviti yang kreatif membolehkan kanak-kanak memahami asas teknologi seperti pengekodan, robotik, dan kecerdasan buatan (AI). Dengan cara ini, mereka dapat membina kemahiran berfikir secara logik, menyelesaikan masalah, dan bekerjasama dalam kumpulan.Di samping itu, Program Tiny Techies dapat memupuk minat kanak-kanak terhadap sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM).