PERKHIDMATAN KAUNTER TABUNG HAJI (TH) BERGERAK DI NADI FELDA PASOH 2
27 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 26 Jun 2025, telah diadakan “Perkhidmatan Kaunter Tabung Haji Bergerak di NADI Felda Pasoh 2” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Perkhidmatan kaunter Tabung Haji bermula pada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Tabung Haji adalah pembukaan akaun Tabung Haji, THiJari (Perbankan atas talian), kemaskini profil akaun, penyimpanan duit, TH Khairat, Penama Tabung Haji, Pendaftaran Haji dan semakan akaun Tabung Haji. Perkhidmatan ini diadakan bagi memberi kemudahan kepada komuniti untuk berurusan dengan pihak Tabung Haji. Selain daripada itu, NADI turut mengadakan Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma kepada para pengunjung yang hadir.