KARNIVAL SENTUHAN MADANI FELDA ZON PASOH

26 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 24 & 25 Mei 2025, telah berlangsung Karnival Sentuhan Madani Felda Zon Pasoh bertempat di Dewan Terbuka dan Padang Awam Felda Pasoh 4. Hari Pertama karnival ini bermula dari jam 7.00 pagi hingga 10.30 malam dan hari kedua karnival bermula dari jam 5.30 pagi hingga 1.30 petang.

Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya Jualan Agro MADANI, Jualan Rahmah, Family Fun walk, Senamrobik, Pertandingan gubahan tuala, pertandingan memasak, pertandingan mewarna kanak-kanak, ceramah agama, pameran agensi kerajaan dan sebagainya. NADI terlibat menjadi urusetia di booth MCMC. Diantara Aktiviti yang dijalankan di booth MCMC adalah pemeriksaan Kesihatan percuma, pendaftaran My Digital Id, permainan ringkas online dan offline, menyedia bahan pameran NADI dan Kempen Internet Selamat, menyedia serta mengedarkan risalah NADI dan Kempen Internet Selamat. Booth MCMC turut menerima kunjungan daripada Yang Berhormat Dato' Seri Hj Jalaluddin bin Hj Alias Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan Merangkap Ahli Parlimen Jelebu pada 24 Mei 2025. Turut hadir di booth MCMC Ts Md Tahir bin Musa, Pengarah MCMC Negeri Sembilan pada 25 Mei 2025.

Kembali Ke Atas

kembali