NADI MAHIR (SLS) KELAS PISTACHIO KUNAFA BROWNIES VIRAL
26 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25 Mei 2025, telah diadakan Kelas NADI Mahir SLS iaitu Kelas Pistachio Kunafa Brownies bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi SLS ini berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi.
Sesi SLS ini bertujuan memberi peluang kepada semua peringkat umur untuk belajar di NADI. Pembelajaran adalah secara atas talian melalui saluran youtube NADI Mahir. Peserta boleh berkomunikasi dengan tenaga pengajar. Selain daripada itu, peserta juga boleh menonton cara pembuatan atau membuat mengikut resepi yang tenaga pengajar tunjukkan. Untuk kelas SLS ini, peserta akan dimaklumkan awal mengenai barang-barang dan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Pistachio Kunafa Brownies, hal ini untuk memudahkan peserta menyediakan bahan dan mengikuti masakan secara praktikal di NADI.