MAXIS EKELAS USAHAWAN MODUL 1 & 2
28 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27 Mei 2025, telah diadakan Webinar eKelas Usahawan Modul 1 & 2 bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar Modul pertama bertajuk ‘Strategi Pemasaran Digital’ bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Manakala, modul yang kedua bertajuk ‘Penciptaan Kandungan’ bermula dari jam 2.00 petang hingga 3.00 petang.
Webinar eKelas Usahawan ini dijalankan secara atas talian dan terbuka kepada semua usahawan. Selain daripada itu, webinar ini adalah percuma. Setiap penyertaan, peserta akan diberikan sijil. Modul yang disampaikan kepada usahawan sangat bersesuaian dengan ilmu praktikal dan strategi terkini dalam dunia keusahawanan digital.