NADI MAHIR (SLS) BAIKI GADGET (MENUKAR LCD TELEFON PINTAR)
30 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27 Mei 2025, telah diadakan Kelas NADI Mahir SLS iaitu Kelas Menukar LCD Telefon Pintar di NADI Felda Pasoh 2. Sesi SLS ini berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi.
Sesi SLS ini bertujuan memberi peluang kepada semua peringkat umur untuk belajar di NADI. Pembelajaran adalah secara atas talian melalui saluran youtube NADI Mahir. Peserta boleh berkomunikasi dengan tenaga pengajar. Selain daripada itu, peserta juga dibekalkan modul sebagai rujukan semasa sesi pembelajaran. Dalam Sesi ini tenaga pengajar menerangkan kegunaan barang-barang untuk menukar LCD telefon pintar dan menunjukkan cara menukar LCD telefon pintar tersebut.