WEBINAR CYBERSECURITY “QR SCAM, FAKE BANKING APPS ,APK MALWARE YANG SEDANG VIRAL”
10 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada 10 September 2026, telah diadakan Webinar Cyber Security bertajuk “Qr Scam, Fake Banking Apps ,Apk Malware Yang Sedang Viral” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini bermula dari jam 3:00 petang hingga 4:30 petang.
Webinar ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai ancaman penipuan digital yang semakin berleluasa, termasuk penipuan melalui kod QR, aplikasi perbankan palsu dan fail APK yang mengandungi malware. Peserta didedahkan kepada cara mengenal pasti pautan, aplikasi dan kod QR yang mencurigakan, memahami risiko kecurian maklumat peribadi serta kewangan, dan mengambil langkah keselamatan seperti memuat turun aplikasi hanya daripada sumber rasmi, tidak berkongsi maklumat perbankan atau OTP, serta mengelakkan pemasangan APK daripada sumber tidak dipercayai. Webinar ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kewaspadaan pengguna agar lebih bijak, selamat dan bertanggungjawab ketika menggunakan perkhidmatan digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: