MAHIR JAHIT INTAKE 4 MODUL 5 SESI 1 - POLA KURUNG PESAK GANTUNG

11 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Ogos 2026, telah diadakan Kelas Mahir modul 5 bertajuk “Pola Kurung Pesak Gantung” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas ini berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi.

Pembelajaran dijalankan secara atas talian. Dalam modul ini, peserta akan mempelajari cara mendraf pola Baju Kurung Pesak Gantung berdasarkan ukuran badan yang telah diambil. Fokus diberikan kepada teknik melukis pola dengan tepat bagi memastikan kesesuaian saiz dan potongan pakaian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali