PROGRAM AI MAXIS MODUL 11: VIBE CODING
14 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 14 Ogos 2026, telah diadakan Program Ai Maxis Modul 11 bertajuk Vibe Coding bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Program ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.
Dalam program kali ini peserta diperkenalkan kepada kaedah membangunkan aplikasi atau projek digital dengan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) sebagai pembantu dalam menghasilkan kod. Peserta akan mempelajari cara memberikan arahan atau prompt yang jelas kepada AI, menjana kod secara automatik, memahami struktur asas kod, membuat penambahbaikan serta menguji hasil projek. Modul ini sesuai untuk peserta yang mempunyai sedikit atau tiada pengalaman pengaturcaraan kerana ia menekankan pendekatan “idea, arahan AI, kod, uji, baiki” secara mudah dan praktikal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: