LMS ESPORT (MEMBINA PERSONAL BRANDING PEMAIN)

20 September 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 20 September 2026, telah diadakan LMS eSport sesi pembelajaran bertajuk “Membina Personal Branding Pemain” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem LMS eSport secara atas talian.

Tujuan pembelajaran adalah memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan membina identiti dan reputasi positif sebagai seorang pemain e-sukan melalui kemahiran, prestasi, disiplin dan sikap profesional. Peserta diperkenalkan kepada strategi membina personal branding yang konsisten melalui media sosial, penghasilan kandungan, komunikasi yang baik serta pengurusan imej diri. Topik ini turut menekankan kepentingan menjaga etika, membina hubungan dengan komuniti dan memanfaatkan platform digital bagi meningkatkan peluang untuk dikenali, membina pengikut serta membuka ruang kerjaya dalam industri e-sukan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali