Nadi Open Tuisyen Rakyat Sains Tingkatan 1
24 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 23 Julai 2026, telah diadakan Dilea Open Tuisyen Rakyat Sains Tingkatan 1 bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3:30 petang hingga 4:30 petang.
NADI Open Tuisyen Rakyat ini dijalankan secara atas talian dan terbuka kepada semua pelajar tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Dalam sesi ini, pelajar akan belajar secara live atas talian bersama guru sains. Pelajar dibekalkan nota yang boleh diakses melalui NADI Tuisyen Rakyat. Selain itu, terdapat juga komunikasi 2 hala antara pelajar dan juga guru berkaitan topik sains. Di samping itu, terdapat juga sesi interaktif permainan atas talian yang menguji tahap kefahaman peserta terhadap topik sains tersebut. Setelah sesi pembelajaran tamat, peserta perlu menanda kehadiran dalam portal NADI Tuisyen Rakyat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: