MAHIR JAHIT INTAKE 4 MODUL 7 SESI 2 - JAHIT KURUNG PESAK GANTUNG
26 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 26 Ogos 2026, telah diadakan Kelas Mahir modul 7 bertajuk “Jahit Kurung Pesak Gantung” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas ini berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi.
Pembelajaran dijalankan secara atas talian. Dalam modul ini, peserta akan mempelajari langkah demi langkah proses menjahit Baju Kurung Pesak Gantung bermula daripada cantuman bahagian pakaian sehingga proses kemasan akhir. Peserta juga akan didedahkan kepada teknik jahitan yang kemas dan tahan lama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: