Kelas Mahir Pertanian Pintar Intake 4 Modul 3 Sesi 1 - Asas Kesuburan Tanah
30 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 29 Julai 2026, telah diadakan Kelas Mahir Pertanian Pintar Modul 3 bertajuk “Asas Kesuburan Tanah”, bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas bermula dari jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi.
Pembelajaran Mahir Pertanian Pintar minggu ini, peserta didedahkan dengan aspek kritikal dalam pertanian moden, iaitu Asas Kesuburan Tanah dan Pengurusan Nutrien Tanaman. Modul ini bertujuan memberikan pemahaman tentang peranan tanah sebagai medium pertumbuhan, keperluan nutrien tumbuhan, serta amalan pembajaan yang cekap bagi meningkatkan kesihatan tanaman, hasil pengeluaran, dan kelestarian sistem pertanian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: