MAHIR PROMPT ENGINEER COHORT 1 LEVEL 1 MODUL 4 SESI 2 - PENYELIDIKAN DAN PENULISAN LAPORAN BERBANTUKAN AI
05 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 5 Ogos 2026, telah diadakan Kelas Mahir Prompt Engineer Cohort 1 Level 1 Modul 4 bertajuk “Penyelidikan Dan Penulisan Laporan Berbantukan Ai”, bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Kelas bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.
Dalam pembelajaran kali ini peserta diberi pendedahan tentang penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam menjalankan penyelidikan dan menghasilkan laporan dengan lebih sistematik, cepat dan berkesan. Peserta mempelajari teknik menghasilkan arahan (prompt) yang tepat untuk mendapatkan maklumat, menyusun isi, menganalisis data serta menghasilkan penulisan laporan yang tersusun dan berkualiti. Modul ini turut menekankan kepentingan menyemak ketepatan maklumat, membuat rujukan dan menggunakan AI secara beretika bagi memastikan hasil penyelidikan dan laporan lebih tepat, relevan dan boleh dipercayai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: