DILEA OPEN TUISYEN RAKYAT MATEMATIK TINGKATAN 2
6 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 06 Februari 2026, telah diadakan Dilea Open Tuisyen Rakyat Matematik Tingkatan 2 bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3:30 petang hingga 4:30 petang.
Dilea Open Tuisyen Rakyat ini dijalankan secara atas talian dan terbuka kepada semua pelajar tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Dalam sesi ini, pelajar akan belajar secara live atas talian bersama guru matematik. Pelajar dibekalkan nota matematik yang boleh diakses melalui portal Dilea. Selain itu, terdapat juga komunikasi 2 hala antara pelajar dan juga guru matematik membincangkan jalan kerja bagi soalan matematik. Di samping itu, terdapat juga sesi interaktif permainan atas talian yang menguji tahap kefahaman peserta terhadap topik matapelajaran matematik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: