TINY TECHIES (ANIMASI PYTHON SIRI 3)

7 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Jun 2026, telah diadakan Kelas Tiny Techies Animasi Python Siri 3 bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem NADI book secara atas talian.

Topik kali ini memberi pendedahan lanjutan kepada peserta tentang asas pengaturcaraan menggunakan bahasa Python melalui pembangunan animasi yang kreatif dan interaktif. Peserta akan mempelajari cara menggunakan kod untuk menghasilkan pergerakan, kawalan objek dan kesan animasi mudah sambil meningkatkan kemahiran logik, penyelesaian masalah dan pemikiran kreatif dan rasional. Modul ini turut menggalakkan kreativiti, minat terhadap teknologi serta keyakinan dalam meneroka dunia pengaturcaraan digital. Peserta juga diberikan sijil penyertaan digital setelah tamat menyertai siri animasi Python tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali