MAXIS AI PROGRAMME@NADI MODUL 12 & 13

07 September 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 07 September 2026, telah diadakan Program Maxis Ai@NADI Modul 12 Storytelling dan Modul 13 Ai bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Program ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Dalam program kali ini peserta akan mempelajari Modul 12 Storytelling dan Modul 13 Ai Challenge memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik menghasilkan penceritaan yang menarik dan berkesan dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI). Peserta mempelajari cara membina idea, menyusun jalan cerita serta menghasilkan kandungan kreatif menggunakan AI, di samping mengaplikasikan kemahiran tersebut melalui aktiviti AI Challenge yang menggalakkan kreativiti, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali